Sunday, 5 July 2009

Bermulanya sebuah cerita....


Duhhh..
Semester baru dah start dah sekarang ni..so kene la berkerja keras sbb start sem ni dah kene buat lesson plan...thun dpan nk kene g sekolah dah....adoyai...byk dah kerja..bkan senang nk jadi cikgu ni..cume dah tau nanti jadi la senang....

so kpd mane2 manusia yg kate jadi cikgu ni senang, meh la cni try masuk kat IPGM(institut pendidikan guru malaysia)ni..bg la anak die ke,sedare ke,cucu ke,masuk...try blaja...letih wo..DL rase kat Universiti senang je nak blaja...1 minor dan 1 major..hmm...x mencabar langsung..kat IPGM ni ade 2 major dan 2 minor...fiuhhhh....memang la nampak mcm byk tp kalo dah biase lame2 ok je..

semangat nak menghadapi new sem ni sedikit terencat sbb my grandpa kene msuk wad, urine cancer...but not sooo seriuos la...semuanye under control...but every day lpas hbes klas je trus shoot g hopsital selayang...hmm...its okay la..mmg la penat...tp it's our responsibility as a part of the family...

hidup untuk penggal pertama lepas utk tahun ni sedikit kucar-kacir krn beberapa tragedi telah melanda tahun lpas yg terbawak2 smpai tahun ni..tp boleh je control semua tu dgn di bantu oleh orang-orang yg sgt disayangi...hehehe....secret ok...hehehe...sekarang ni dah jadi outsider of the college..so kene ne belagak hidup mcm org dah kawen..dok umah sendiri...beli tu beli ni...hmm..mcm2 la...hahaha...tp x taw la kawen ke x..

hmm...citer pasal bab kawen ni pulak...my parents recommend kat sorang anak dara ni..anak dentist katenye(mmg ye pon)..hm..tp harta tidak ke mana tanpa kasih sayang...biar la ianya berlalu...hmm....x tahu lah..jodoh dan ajal di tangan Tuhan..God Bless....lg pon DL masih mude lg...dan pjalanan hidup ni jauh lg..

SO,KITE NJOY DULU!!!!!!!!!

Thursday, 29 January 2009

Lepas Gian

Cari bola yang sesuai


Ambil step dan bernafas



Luruskan tangan ke belakang dan...


Hayun!!!!


My best fren, Awe

Hari ini hari yg sangat memenatkan bagi DL.Hmmm...Akhirnya dapat juga DL main boling. Almaklumlah poket tengah gebu sekarang ni. Dl pergi main boling di The Summit USJ ditemani best fren DL, awe... Dah lame tak main sampai berpeluh-peluh walaupun dalam air-cond. Yang penting LEPAS GIAN!


Wednesday, 28 January 2009

Lagu-lagu jiwang

When we talk about lagu jiwang, orang akan fikir pendengarnya adalah orang yang sedang dilamun cinta atau pun mat@minah jiwang. Bg DL sendiri bukan hak kita nak melabel orang. Setiap manusia ada hak masing-masing. Sometimes omanusia-manusia yg dengar lagu jiwang ni layan juga lagu rock, nasyid, jazz, r&b etc. But depend on the mood.

Kat sini DL nak share dengan korang semua lagu-lagu yang berjaya menawan hati DL untuk mendengarnya tanpa jemu dalam masa seminggu.Hahahaha...Lepas seminggu cari lagu lain. DL tak obses dengan penyanyi kepada lagu tapi DL pandang nilai sebuah lagu tu dari segi lirik dan susunan muzik lagu itu. Kalau penyanyi yg nyanyi tu suara dia sedap, itu satu advantage pada lagu tu dan sebaliknya.

DL listkan top10 lagu-lagu yang berjaya menambat telinga DL kat bawah ni:

  1. Matahariku~Agnes Monica
  2. Selamat Ulang Tahun Sayang~Imran Ajmain
  3. Seribu Tahun~Imran Ajmain
  4. Pamit~Broery Marantikah
  5. Tanpa~Sixth Sense
  6. Memori Tercipta~Shahila
  7. Cinta Terhalang~Bob
  8. I Have Nothing~Whitney Houston
  9. My Baby You~Mark Anthony
  10. Mantera Beradu~Malique feat M.Nasir
Ada lagi lagu-lagu yang DL selalu dengar dan suka tapi lagu-lagu di atas ni yang DL tak jemu-jemu dengar. Mungkin ada la dua tiga lagu ni berkaitan mengenai hidup DL, dat's why i love to hear dat songs.

Lagu-lagu jiwang ni biasanya dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi yang bersuara gemersik dan syahdu. Mungkin ada sesetengah penyanyi bersuara keras menyanyikan lagu-lagu jiwang ni tapi susunan muzik disesuaikan dengan suara mereka. Tapi bagi DL lagi syahdu suara penyanyi itu, mesej yang hendak disampaikan lagi jelas dan terus ke lubuk hati sang pendengar. Kadang-kadang bila tengok rancangan realiti TV macam AF dan OIAM, kita boleh tengok penyanyi-penyanyi yang jujur menyanyikan sesuatu lagu. Lagu yang dinyanyikan itu sampai terus ke dalam hati kita walaupun penyanyi itu tidak menarik secara fizikalnya.

Cerita pasal penyanyi lagu-lagu jiwang ni pulak, DL sangat respect dengan Adibah Noor@kak dibah@KD. Hmmm..KD mempunyai arrangement suara yang sangat mantap dan luas. Mungkin kelebihannya berbadan besar yang membolehkan KD mempunyai arrangement suara yang luas. Sama jugak macam Bob dan Whitney Houston. Faktor fizikal kadang-kadang mempengaruhi seseorang tapi ada juga sesetengah penyanyi yang bersuara lantang macam Mariah Carey dan Jaclyn Victor. Badan diorang slim je.hahahaha....Tapi bg DL yang penting semuanya DISIPLIN.

Berbalik kepada topik pasal lagu-lagu jiwang ni, ada sesetengah komposer yang mempunyai bakat yang sangat luas dalam bidang mencipta lagu jiwang ni macam Azlan Abu Hassan dan Adnan Abu Hassan. Kalau dulu-dulu komposer yang terkenal seperti Fauzi Marzuki, Saari Amri dan S. Atan. Bercakap pasal Adnan dan Azlan Abu Hassan ni, mereka berdua berjaya mencipta lagu sekaligus menaikkan penyanyi lagu tersebut. Contohnya Misha Omar@MO. MO dulu ni masuk Bintang RTM tapi takde rezeki nak menang. But Adnan Abu Hassan berjaya membawa MO ni naik ke persada seni negara melalui lagu Bunga-Bunga Cinta. Kat sini kita dah dapat tengok kuasa sesebuah lagu itu. Hmm....macam-macam boleh berlaku sekarang ni.

By the way, DL nak sertakan lirik-lirik lagu yang berjaya menambat kalbu DL.Hehehehe....

Pesanan terakhir DL, setiap lagu tu ada maksud yang mendalam. Renung dan fahamilah bait-bait lagu tersebut. Selamat membaca!

Agnes Monica - Matahariku
by Agnes Monica

Tertutup sudah pintu, pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau

Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Dengarlah matahariku, suara tangisanku
Kubersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu

Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Dengarkanlah matahariku, suara tangisanku
Kubersedih karna panah cinta menusuk jantungku ohh...
Dengarkanlah matahariku, suara tangisanku
Kubersedih karna panah cinta menusuk jantungku

Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu


Selamat Ulang Tahun Sayang
by Imran Ajmain

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu


I Have Nothing
by Whitney Houston

Share my life,
Take me for what I am.
'Cause I'll never change
All my colors for you.

Take my love,
I'll never ask for too much,
Just all that you are
And everything that you do.

I don't really need to look
Very much further/farther,
I don't wanna have to go
Where you don't follow.
I will hold it back again,
This passion inside.
Can't run from myself,
There's nowhere to hide.

Don't make me close one more door,
I don't wanna hurt anymore.
Stay in my arms if you dare,
Or must I imagine you there.
Don't walk away from me.
I have nothing, nothing, nothing
If I don't have you

You see through,
Right to the heart of me.
You break down my walls
With the strength of your love.

I never knew
Love like I've known it with you.
Will a memory survive,
One I can hold on to?

End of First Month 2009

    Hmm....dah selesai bulan yg pertama for 2nd year degree. But sometimes aku terfikir,ape yg aku dah blajar untuk bulan yg pertame ni?hmm...7 subjects...statistics,resource in math,anatomy,classroom management,hubungan etnik and english 4 undergraduates + GERKO... kalau sekali imbas memang la senang.tapi kalau fikir-fikirkan balik,berat jugak.belum lagi masuk bab teater dan hoki.Hmm....what should i do for all of dat things?sometimes i need someone to share everything but its hard to find dat guys.
    Hmm...Pasal teater ni yg paling malas nak cerita.dah la aku chairperson merangkap director.huh!theatre musical..in ENGLISH!The Legend Of Puteri Sa'adong. Memang la mengarah je kerja aku.tapi nak membentuk satu teamwork yang bagus tu sangat susah.memang la pada zahirnya senang nak berurusan dengan kawan-kawan. tapi pada masa yang sama setiap orang ada perangai masing-masing. Some other cases, i'll gonna be crazy and very very very tired. Nasib baik la ade kareografer yg baik hati.thanks naaemah dgn hafizah.jasa korang aku tak akan lupa sampai bila-bila. dan begitu juga SU aku yg sangat baik, Munirah dengan Hanifah.Kerja diorang sangat bagus. dat's why la aku choose diorang. Bukan yang lain x bagus. Kirenye diorang ni bagus dalam kalangan yang bagus.Wah, bahasa skema beb..hahahaha...kepada semua kawan-kawan aku,berlatih la bersungguh-sungguh ok. aku harap korang ak hampakan lecturer Jabatan Bahasa semua.
    Hoki...hoki...hoki...memang meletihkan tapi sangat berguna. dah dekat 2 tahun aku tak sentuh kayu hoki. tapi tahun ni ade KAGUM hoki. Hmmm....aku rase malas nak join but just take it easy and feel dat its just 4 my PT. Ade 2 orang coach, En Khir dgn En Gana. Both of them are good and dedication but they have different point of view. Memanglah every people have their own opinion and skills but i think if both of them collaborate to form a unite and strong team, IPTKL Hockey Team will be the DYNAMITE!!!Hope so...
    Yang terakhir sekali pasal cinta dan persahabatan. Sekarang ni cinta tak kenal siapa. Baik lelaki mahu pun wanita. Kadang-kadang manusia sendiri yang mencipta cinta itu dan terjerat di dalamnya. Dan kadang-kadang manusia sendiri yang mencipta cinta itu dan mereka berjaya menjadikannya sangat indah. Tapi bagaimana? hmm...Dis case always play around in my mind everytime. I dun know why but i think something happens in my life. Maybe love will be coming to me or actually its just came but im just ignore and buat dont know je. Or it was coming long time ago and im still find the meaning of love. How about frienship?hmmm... sometimes people make wrong definition of relationship. Hmm.. how it can happen? 1 more question in my mind...Hmm...kadang2 orang cakap fikir bende-bende remeh ni buang mase. Tapi bagi aku, fikir sahaja tak mengapa.. tapi janganlah sampai melibatkan bende@orang lain dan dibesarkan perkara tersebut,itu dah kire melampau...hmm..dunia dunia...
    Pesanan terakhir aku untuk pembaca semua, janganlah cari cinta kerana ia akan datang dengan sendirinya.
   

Thursday, 11 September 2008

Kembara Kayak Kemerdekaan 2008









    Baru-baru ini deqrum telah menyertai Program Kembara Kayak Kemerdekaan anjuran Bahagian Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan di Johor. Seramai 150 orang peserta dari seluruh Malaysia telah menyertai program kembara ini. Kembara tersebut bermula dari Rembah, Pontian ke Danga Bay.Kembara ini memakan masa hampir 5 hari. Cuba korang bayangkan jarak Rembah ke Danga Bay lebih kurang 110 km...Fuhhh!!!!memang letih giler...tapi in the same time dapat la bersenam...hehehe...terasa macam angkat dumble 50 kg je...huhuhu...tu pun kadang-kadang rasa lebih lagi...

    Melalui aktiviti ni jugak deqrum dapat mengenali kawan-kawan baru dari seluruh pelusuk Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak..awek-awek cun pun ada..lelaki pon apa kurangnya(kena la puji jugak)...hehehe...Sepanjang aktiviti ni, deqrum banyak belajar tentang semangat setiakawan, kerjasama, tolong-menolong dan banyak lagi la...huhuhu..memang banyak kenangan manis sepanjang program ni...dapat kawan-kawan baru yang best dan sporting...Yang penting T-shirt free dapat dua...cuma tahun ni tiada peruntukan untuk sweater dan topi...semua atas inisiatif sendiri...walau apa pun semua tu tak melunturkan semangat kitorang nak berkayak even ada yang kayak tenggelam, mabuk laut, muntah-muntah dan pengsan semasa berkaayak..itu suma menjadi kenangan kepada semua peserta dan memberikan pengalaman yang berharga buat kitorang...Masa first day la yang paling seronok dan mencemaskan..First day trip dari Rembah, Pontian ke Tg Piai...lebih kurang 30 kilometer...huhuhu...memang sangat penat tetapi puas bagi yang sampai ke destinasi Tg. Piai...Ada juga yang tak sempat sampai namun itu semua tak melunturkan semangat...Ada juga beberapa tragedi yang berlaku seperti sesat di hutan bakau...Namun dengan adanya bantuan daripada penduduk kampung yang berdekatan, semuanya dapat diatasi dengan tenang dan mudah...

    Second Trip la yang paling hampeh dan bosan...mengikut jadual kitorang berkayak dari Tg. Piai ke Sg. Che Manan, Gelang Patah merentasi pelabuhan Tg. Pelepas dan second link ke singapore...hati semua dah gembire dan xcited...yalah...nak lalu second link dari bawah...pengalaman tu beb!!!tapi apakan daya...Kita sebagai manusia hanye mampu merancang dan Tuhan yang menentukannya..perjalanan kami terpakse dipendekkan dari 40 km kepade hanye 10 km je. namun itu tidak melunturkan semangat kitorang ni...The last trip dari Sg Che Manan ke Danga Bay...Akhirnya berakhirlah kembara kayak ni...Masa cooling down la yang paling best...Ade tiga jenis aerobik yang kitorang buat...Poco-poco, arabic dan siamese...seronok sangat dan menghiburkan...

    Thank's to all of crew far that event and especially to my beloved friends there which are John, Awe, Bab, Tiqah, Ju, Syazwan, Nawi, Wan, Hafiz, Wong, Hanif, Ikhwan, Ijat, Dinesh, Che Nad, Chee Feng, zack(adik member aku,zuhdi), namrod, ishak, watson and lastly my partner sepanjang kembara ni,Wawa, anak lecturer aku yang baik dan bersemangat waja ni...Korang sume memang best dan deqrum harap ukhwah fillah abadan abadan...Deqrum juga ade sertakan beberapa cebisan kenangan untuk dikongsi bersama...