Wednesday, 2 February 2011

Kembang

Perut aku kembang la gamaknye..Tadi aku gi tibai 2 keping roti canai...Semalam pulak aku taram 3 keping roti canai time breakfast...Hmm...Xpe2..balik dari cuti ni fitness akan berjalan seperti biase...Asalkan aku tak terus kembang sangat...Angan-angan nak 6 pack, kalau dapat 1 pack ape ke ade hal kan...hahaha...Sian kat 2 org abg aku, selalu sangat komplen 1 pack die tu...Bro, jangan dok merungut aje, ubat2 tu sume tak membantu..sume tu psycho aje tu.... Ape yang penting?Kerjasama!!!! Salah lah tu..

Ape yang penting lifestyle yang sihat..Tiap2 petang aku main bola sepak dan hoki.Tapi recently aku nak try sukan baru..Sukan Skuasy...Barang sume dah ade...hmmm...Sape la aku nak ajak main ye???

ENTAHLAH...AKU PUN TAK TAHU...

Friday, 28 January 2011

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Telah Diiktiraf

Petikan dari Akhbar Utusan

 Kesemua 1,950 graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) boleh menarik nafas lega apabila Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) meluluskan akreditasi bagi kesemua kursus pengajian mereka sekali gus melayakkan mereka untuk menjalankan tugas sebagai guru.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya telah menerima surat akreditasi itu semalam dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) pula akan memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Pelajaran Negeri.

"Akhirnya, MQA telah memberikan akreditasi kepada semua kursus PISMP dan graduan dijangka mula mengajar di sekolah yang ditetapkan pada 7 Februari ini.
"Namun, bagi memudahkan graduan PISMP, saya telah mengarahkan pegawai untuk memasukkan maklumat di laman web Kementerian Pelajaran supaya mereka boleh menyemaknya pada esok hari," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Isu mengenai akreditasi kursus graduan PISMP timbul apabila lebih 1,950 graduan berkenaan yang menamatkan pengajian November lalu tidak layak untuk menjadi guru.
Ini ekoran keengganan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran mengiktiraf kelayakan mereka berikutan kursus tersebut masih belum mendapat pengiktirafan MQA.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan sebelum ini memberitahu bahawa proses mendapatkan pengiktirafan daripada MQA dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah dilakukan dan masih menunggu keputusan kedua-dua agensi serta jabatan tersebut.
Ka Siong berkata, graduan PISMP boleh mengetahui lokasi negeri di mana mereka akan mengajar melalui laman web Kementerian Pelajaran. 

"Jabatan Pelajaran Negeri pula akan memaklumkan nama sekolah untuk mereka melaporkan diri, seawal-awalnya pada Selasa depan," katanya.


Alhamdulilah..akhirnya penantian selama lebih setahun telah pun berakhir. Tahniah diucapkan kepada kesemua graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dan akan melapor diri di sekolah masing-masing pada 7 Februari depan..  To all my senior, congratulations and semoga success selalu.. After this about my batch pulak next year.. Ape akan jadi tahun depan yea???



ENTAHLAH...AKU PUN TAK TAHU...

 

Thursday, 27 January 2011

Phheewwwww!!!!!

Hari ni tiada apa yang menarik di sekolah. Hanya mengikuti rutin sekolah seperti biasa. Hari ni kelas aku dari pukul 7.40-8.40 pagi aje...then free sepanjang hari. Tapi keje bertimbun jugak la nak kene buat. Next week dah cuti. Soa ku nak rehat cuti ni. Takmo pening2 pikir pasal keje. So, habis je kelas pukul 8.40 terus la mendaki bilik guru di puncak kayangan..TINGKAT 4 OK! DAN NAIK TANGGA! sekolah tak mampu nak bina lif.. tapi takpe la.. bagus untuk exercise kardio, takyah la g gym..tapi aku rase kaki aku dah cukup cantik kalu nak buat kardio.. Yang aku risaukan ade la bahagian abs aku yg kian meruncing...oh tidak....

Selama 4 jam aku dah bertapa di puncak kayangan since 9 pagi sampai la time balik.. Alhamdulillah sebab ada air-cond..syok la buat keje..hehehehe...lepas tu aku g makan kat Rojak Bellamy depan sekolah dengan Haziq, member practical aku.. hari tu aku pakai baju kemeja biru dan haziq pakai baju sukan..aku tak suke pakai baju batik..tak tau nape..haziq pulak pakai baju sukan sebab ajar PJ pagi tadi...sampai2 je terus amek order, aku makan rojak mi sotong, dan haziq nasi goreng ayam telur dadar.. Hari ni genap hatrik aku makan rojak time lunch.. Start dengan rojak mi biase, then semalam rojak mi ayam and today rojak mi sotong.. Lepas ni aku nak test nasi ayam, mee rebus atau macam2 lagi makanan yang ade... Insya Allah ade la sikit review untuk kedai makan ni yea...

Budak yang amek order aku ni budak pompuan, bertudung la..manis budaknye...tengah tunggu habis spm..budak SMK Aminuddin Baki...aku tilik je aku dah kenal...tengok kedut kat bibir je dah tahu budak tu sekolah kat mane...hehehe..ok, aku tipu..aku tengok die pakai baju ade tulisan SMK Aminuddin Baki kat belakang baju die...then mase die hantar makanan tu, sempat tanye die sikit la pasal diri die..lepas tu die lepak kat tepi dinding kedai makan tu..then aku pun tanye la "awak dah lame ke keje kat sini?"budak tu pun jawablah "aah, since lepas spm hari tu, tapi sabtu ni last..sebab nak amek lesen kete," Alamak, tak dapat la nak cuci mate lagi lepas ni..aduyaii..hehehe..jahat nih!!Serius!! suke tgok muke bdak pompuan ni...walaupun amcam brutal tapi bile tgok wajah die....pphheewwwwww!!!!!!!!!!!!!

ENTAHLAH... AKU PUN TAK TAHU...

Wednesday, 26 January 2011

Eh, salah time ke?

"Ok class, turn to page 25-27 and do the exercises..I give you 15 minutes to solve the problems"..tibe2 ade 2 orang budak hantar buku dan beg kertas dan letak atas meja cikgu..Aku terkesima..sejak bile aku bawak beg kertas kat sekolah..Aku tengok luar..ohh, kak norlizawati.."ade ape kak?"..."sekarang ni mase English, class akak."..beliau bersuara.."hmm, jap yea,"...

Aku gi check jadual kat buku RPH aku, then, YEZZAAAAAA!!!!!!!AKU MASUK SALAH TIME..SEPATUTNYA AKU MASUK SETENGAH JAM YANG LALU!!!!!!TIDAKKKKK!!!!!!!

Dengan yakin diri terus aku cakap kat anak2 aku.."open your text book, turn to page 26 and do the exercise number 1-6. We'll check together tomorrow."then, keluar kelas dan terpa kak liza.."eh, salah time yea, saye ingat sekarang..."sambil cover malu.."takpe, jadual ni kadang2 tak betul sikit,"perli kak liza sebab nak kate aku tak betul agaknya... HAHAHA!!!!!!! Sorry to my child..i'll see you tomorrow....

Tadi time lunch makan rojak kat depan sekolah..Ade sorang abang suggest suruh try..demi memenuhi permintaan beliau, aku pun ajak haziq g makan...WOW!!SEDAP GILERRR!!!Aku bukan penggemar rojak tapi sangat sedap...Sesiapa yang tak tahu ROJAK BELLAMY, sila google yea sebab dah ade beberapa blogger buat review pasal tempat makan ni...mungkin aku wat review next time la yea..tapi all of you should try la bagi yg belum try...Hmm..esok lunch ape pulak yea???

ENTAHLAH...AKU PUN TAK TAHU...

Warna Warni Hari Kedua


Hari ni hari pertama aku masuk ke kelas, so ade la sedikit nervous sebab last time mengajar kat kelas last August. So perasaan tu mesti la ade sebab first time pon, even first date pun jantung selalu berdegup kencang. Hmm….

Masuk je dalam kelas, xde orang!!!check kat jadual waktu kelas, xde jadual!!! Tapi bile tgok keadaan kelas, hmm…budak2 ni ade kelas Pendidikan Jasmani (PJ) agaknye…then aku terus je duduk kat meja cikgu dengan rias muka yang serius…hahaha..pastu bebudak masuk la dalam kelas…takut agaknye budak2 tgok muke aku ni..hahaha…bende ni perlu…kite kene garang first time masuk dalam kelas supaya budak2 nanti respect cikgu dalam kelas…telahan aku tepat..budak2 ni ade PJ..then bile sume masuk dalam kelas, bagi salam segala dan duduk..

Aku tetapkan 7 peraturan kat budak2 ni bile time kelas aku…hehehe..jahat tak?mesti la..untuk mengekalkan keharmoniaan sesbuah keluarga mestilah ada rukun@peraturan kan..so antaranya aku x bagi diorg cakap bende lain selain mengenai matematik dalam kelas, kalau tak faham cakap terus terang, homework mesti siap on time dan akhir sekali patuhi semua peraturna yang telah ditetapkan..sah2 la kan…

Semalam aku nak prepare something untuk anak2 murid aku..tapi aku nak postpone dulu la special ni untuk diorang sebab aku nak tengok dulu la tahap anak murid aku ni di tahap mane..then semak buku exercise, sume boleh dikatakan memuaskan…untuk pengetahuan korang, aku lah cikgu math diorang sebab sebelum ni cikgu ganti masuk kelas sebab sekolah ni kurang cikgu. Tak cukup cikgu math..so akulah harapan mereka…hehehe…then aku ajarlah beberapa topic yang dah terlepas macam number system dan addition..memang simple bagi kite tapi tak bagi diorang..some of them perlu perhatian dan di ajar dengan teliti..hmm..comelkan diorang ni…perlu perhatian dari cikgu..kadang2 aku nak tergelak mase mengajar sebab tengok muke comel diorang ni..so cute dan comel..hmm..what ever…

Then dah selesai semua,aku dapat call dari kampus IPG aku bahawa aku kene datang jabatan Hal Ehwal Pelajar(HEP) untuk interview Yang Dipertua Pelajar(YDP) sebab aku dah terpilih jadi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPP)untuk sesi 2011/2012..then pergi la petang tadi..jumpe 4 orang pensyarah yang interview..Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan aku harap ape yang aku pilih ni mendapat keredhaan dari Allah S.W.T..Insya Allah…

Then dapat invitation dari member aku, die ajak tgok Teater Muzikal Tun Mahathir 2 di Istana Budaya..tiket free beb,..takkan nak lepas macam tu je kan..hehehe…sampai la dalam pukul 11.30 aku sampai rumah..bersihkan diri dan siap untuk tido dah ni…oohhh…very a colourful today dan mengharap yang terbaik untuk esok..  ape pulak yg akan terjadi esok yea???


ENTAHLAH…AKU PUN TAK TAHU…