Sunday, 6 February 2011

GEGAR 1000 BLOG OLEH BEN ASHAARI


SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??


Kalau nak join, sila klik sini

 

Friday, 4 February 2011

Santapan Senggang

Kat sini aku nak kongsi dengan korang belog kawan2 aku.. Belog ni selalu la aku usha dan dok menyampuk penoh kan komen2 kat post diorang ni..rajin2 la korang tengok dan menyebok kat belog diorang yea..

  1.  Qarl
  2. Syafiq 
  3. Amir Rayyan 
  4. Aizul Marcello 
  5. Azizi Samsudin 
  6. cdapee
  7. Peq aka syapeq 
  8. Krol Kapal 
  9. Alfafian 
  10. Ashraf 

Dan Yang Terakhir..

Blog yang terakhir ni special sikit sebab kawan aku ni seorang journalist yg suke travel keliling dunia.. So, korang boleh la baca entri2 beliau tentang dunia ni..boleh la korang dapat some info if tempat yang korang nak pergi tu telah ditulis dalam belog beliau... Pengalaman beliau....Pheeewwwwwwwwww!!!!

ENTAHLAH...AKU PUN TAK TAHU...




cecite cuti

Dah genap seminggu aku bercuti ni..ape yg aku dah buat cuti ni? hm...x buat pape pon..lepak, jalan2, main game, online... tu je..bersukan? langsung la...biase la..bile cuti je, sume nak bercuti..xpe2 ade lagi balance 2 hari bercuti ni... bagi rehat sume dulu..habes cuti ni baru la start aktif bersukan semula...

Last Monday aku gi Langkap, Perak..Tahu ke korang kat mane tempat tu.. tekan sini yea...Langkap ni kire kat area Teluk Intan la... Aku gi umah member aku...Suasana lebih kurang kampung aku la...cume kawan aku ni rajin giler..rajin sangat[mata melihat ke atas dan tangan di dada].. Kat umah die ade la 1 kolam ikan..landskap die sangat la cantik..cume kurang kemas aje..tapi aku salute la die ni...boleh la buat calon menantu...hahahaha... die bawak la aku gi jalan2 Teluk Intan...First time aku sampai sane..tengok menara yang tak berapa condong... boleh la... Bandar Teluk Intan ni besar jugak la..sebarang maklumat sile tekan sini yea..ade la some information yang korang boleh dapat kalau nak ke sini... Merase la jugak g Air Terjun Lata Kinjang yang korang boleh nampak dari Highway Plus menghala ke Utara dekat area Bidor..hehehe...orang tak de langsung..so kitorang meronggeng la mandi puas2...hahaha...

2 hari je aku kat sane, then aku balik la kampung sebab ibu aku suruh balik..hmmm..anak emak kah?hahaha..no komen...so, balance cuti ni aku dok kat kampung je sebab 2 orang sepupu aku ni nak kawen,,adik beradik..sorang dah nikah dulu last year, sorang lagi malam ni... so, bersanding serentak la... Aku kene la rewang, tolong2 mane yang patut..tahu ke korang REWANG tu ape? sile tekan blog kawan kite ni yea..hehehhe...

Ok la..cuti tinggal lagi 2 hari..sabtu malam atau ahad petang aku nak pulang ke KL..kene balik awal sikit..nanti jammed pulak jalan ke KL...x suke la jammed ni..ngantok...drive sorang2..kalau ade yang co-pilot ok la jugak...xpe2, maybe coming soon co-pilot tu yea..siapakah?????

ENTAHLAH...AKU PUN TAK TAHU...

Wednesday, 2 February 2011

Kembang

Perut aku kembang la gamaknye..Tadi aku gi tibai 2 keping roti canai...Semalam pulak aku taram 3 keping roti canai time breakfast...Hmm...Xpe2..balik dari cuti ni fitness akan berjalan seperti biase...Asalkan aku tak terus kembang sangat...Angan-angan nak 6 pack, kalau dapat 1 pack ape ke ade hal kan...hahaha...Sian kat 2 org abg aku, selalu sangat komplen 1 pack die tu...Bro, jangan dok merungut aje, ubat2 tu sume tak membantu..sume tu psycho aje tu.... Ape yang penting?Kerjasama!!!! Salah lah tu..

Ape yang penting lifestyle yang sihat..Tiap2 petang aku main bola sepak dan hoki.Tapi recently aku nak try sukan baru..Sukan Skuasy...Barang sume dah ade...hmmm...Sape la aku nak ajak main ye???

ENTAHLAH...AKU PUN TAK TAHU...

Friday, 28 January 2011

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Telah Diiktiraf

Petikan dari Akhbar Utusan

 Kesemua 1,950 graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) boleh menarik nafas lega apabila Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) meluluskan akreditasi bagi kesemua kursus pengajian mereka sekali gus melayakkan mereka untuk menjalankan tugas sebagai guru.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya telah menerima surat akreditasi itu semalam dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) pula akan memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Pelajaran Negeri.

"Akhirnya, MQA telah memberikan akreditasi kepada semua kursus PISMP dan graduan dijangka mula mengajar di sekolah yang ditetapkan pada 7 Februari ini.
"Namun, bagi memudahkan graduan PISMP, saya telah mengarahkan pegawai untuk memasukkan maklumat di laman web Kementerian Pelajaran supaya mereka boleh menyemaknya pada esok hari," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Isu mengenai akreditasi kursus graduan PISMP timbul apabila lebih 1,950 graduan berkenaan yang menamatkan pengajian November lalu tidak layak untuk menjadi guru.
Ini ekoran keengganan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran mengiktiraf kelayakan mereka berikutan kursus tersebut masih belum mendapat pengiktirafan MQA.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan sebelum ini memberitahu bahawa proses mendapatkan pengiktirafan daripada MQA dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah dilakukan dan masih menunggu keputusan kedua-dua agensi serta jabatan tersebut.
Ka Siong berkata, graduan PISMP boleh mengetahui lokasi negeri di mana mereka akan mengajar melalui laman web Kementerian Pelajaran. 

"Jabatan Pelajaran Negeri pula akan memaklumkan nama sekolah untuk mereka melaporkan diri, seawal-awalnya pada Selasa depan," katanya.


Alhamdulilah..akhirnya penantian selama lebih setahun telah pun berakhir. Tahniah diucapkan kepada kesemua graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dan akan melapor diri di sekolah masing-masing pada 7 Februari depan..  To all my senior, congratulations and semoga success selalu.. After this about my batch pulak next year.. Ape akan jadi tahun depan yea???



ENTAHLAH...AKU PUN TAK TAHU...