Thursday 11 September 2008

Kembara Kayak Kemerdekaan 2008









    Baru-baru ini deqrum telah menyertai Program Kembara Kayak Kemerdekaan anjuran Bahagian Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan di Johor. Seramai 150 orang peserta dari seluruh Malaysia telah menyertai program kembara ini. Kembara tersebut bermula dari Rembah, Pontian ke Danga Bay.Kembara ini memakan masa hampir 5 hari. Cuba korang bayangkan jarak Rembah ke Danga Bay lebih kurang 110 km...Fuhhh!!!!memang letih giler...tapi in the same time dapat la bersenam...hehehe...terasa macam angkat dumble 50 kg je...huhuhu...tu pun kadang-kadang rasa lebih lagi...

    Melalui aktiviti ni jugak deqrum dapat mengenali kawan-kawan baru dari seluruh pelusuk Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak..awek-awek cun pun ada..lelaki pon apa kurangnya(kena la puji jugak)...hehehe...Sepanjang aktiviti ni, deqrum banyak belajar tentang semangat setiakawan, kerjasama, tolong-menolong dan banyak lagi la...huhuhu..memang banyak kenangan manis sepanjang program ni...dapat kawan-kawan baru yang best dan sporting...Yang penting T-shirt free dapat dua...cuma tahun ni tiada peruntukan untuk sweater dan topi...semua atas inisiatif sendiri...walau apa pun semua tu tak melunturkan semangat kitorang nak berkayak even ada yang kayak tenggelam, mabuk laut, muntah-muntah dan pengsan semasa berkaayak..itu suma menjadi kenangan kepada semua peserta dan memberikan pengalaman yang berharga buat kitorang...Masa first day la yang paling seronok dan mencemaskan..First day trip dari Rembah, Pontian ke Tg Piai...lebih kurang 30 kilometer...huhuhu...memang sangat penat tetapi puas bagi yang sampai ke destinasi Tg. Piai...Ada juga yang tak sempat sampai namun itu semua tak melunturkan semangat...Ada juga beberapa tragedi yang berlaku seperti sesat di hutan bakau...Namun dengan adanya bantuan daripada penduduk kampung yang berdekatan, semuanya dapat diatasi dengan tenang dan mudah...

    Second Trip la yang paling hampeh dan bosan...mengikut jadual kitorang berkayak dari Tg. Piai ke Sg. Che Manan, Gelang Patah merentasi pelabuhan Tg. Pelepas dan second link ke singapore...hati semua dah gembire dan xcited...yalah...nak lalu second link dari bawah...pengalaman tu beb!!!tapi apakan daya...Kita sebagai manusia hanye mampu merancang dan Tuhan yang menentukannya..perjalanan kami terpakse dipendekkan dari 40 km kepade hanye 10 km je. namun itu tidak melunturkan semangat kitorang ni...The last trip dari Sg Che Manan ke Danga Bay...Akhirnya berakhirlah kembara kayak ni...Masa cooling down la yang paling best...Ade tiga jenis aerobik yang kitorang buat...Poco-poco, arabic dan siamese...seronok sangat dan menghiburkan...

    Thank's to all of crew far that event and especially to my beloved friends there which are John, Awe, Bab, Tiqah, Ju, Syazwan, Nawi, Wan, Hafiz, Wong, Hanif, Ikhwan, Ijat, Dinesh, Che Nad, Chee Feng, zack(adik member aku,zuhdi), namrod, ishak, watson and lastly my partner sepanjang kembara ni,Wawa, anak lecturer aku yang baik dan bersemangat waja ni...Korang sume memang best dan deqrum harap ukhwah fillah abadan abadan...Deqrum juga ade sertakan beberapa cebisan kenangan untuk dikongsi bersama...








1 comment:

The Man Who Lose Himself said...

Rindu gle kat geng2 kayak kter!!!
rndu korang sume!!